Siapa klik dia orang yang mulia...

Monday, March 7, 2011

Gagal, kalah, biasa dalam dakwah..


Baru-baru ini sebuah Parti Islam di Malaysia tewas lagi kepada lawannya. Namun, itu bukanlah perkara yang pelik kerana kalau menang itu yang dinamakan pelik. Cuma yang ingin diingatkan adakah bila gagal maka kita dikira berdosa?

Sebenarnya orang yang gagal lalu berputus asa itulah orang patut dipersalahkan. Mereka ini jelas mahukan kemenangan sentiasa mengiringi mereka. Mereka juga orang yang mahukan kemenangan datang dengan cepat.

Kisah Nabi Hud

Contohilah Nabi yang diutuskan pada kaumnya selama seribu tahun kurang lima puluh. Kita yang baru mula berjuang setahun jagung sudah mula merungut.

Kisah Nabi Nuh

Begitu juga yang sedih tidak dapat membawa ahli keluarga ke syurga. Dalam hal ini kita sesekali tidak boleh mengatakan Nabi Lut itu 'dayus' kerana tidak mampu berdakwah kepada isterinya. Dalam surah ankabut dua kali dinyatakan Allah telah menyelamatkan kaumnya kecuali isterinya yang khianat dan tergolong dari kalangan mereka yang terbinasa.

Lihatlah firman Allah di bawah yang menunjukkan kepada kita bahawa Allah itu amat dekat ketika kita dalam kesusahan:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapeteka dan kesengsaran, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya;’Bilakah pertolongan Allah akan tiba?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)




No comments:

Post a Comment

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service