Siapa klik dia orang yang mulia...

Thursday, April 25, 2013

Adakah Syed dan Sharifah tidak boleh makan zakat?

Sebetulnya, jika ingin berbicara tentang Ahlul Bayt kena betul2 faham dahulu siapakah dia Ahlul Bayt...? Apakah hukum menerima sedekah? Apakah hukum menerima zakat? Dan yang paling penting, betulkah Syed dan Syarifah di alam Melayu ni Ahlil Bayt? 

Kalau ikut tulisan-tulisan dahulu, para ulama' pun khilaf tentang siapa itu ahlil bayt. Ada yang kata keturunan Quraysh ada yang kata, semua keturunan Bani Hasyim dan Bani Abd Muttalib, dan ada yang kata keturunan Bani Abd Muttalib sahaja. Itu khilaf di kalangan mazhab ulama'. Itu khilaf peringkat keturunnannya.
Keduanya siapa ahlil Bayt? Adakah ia sekadar Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn? Kalau mengikut Syiah, hanya mereka ini digelar Ahlil Bayt. Ini adalah jelas zalim, kerana cucu Rasulullah bukan sekadar hasan dan husayn sahaja. Anak fatimah bernama Muhammad bin Ali yang banyak meriwayatkan Hadis, bahkan sempat menyertai perang2 bersama Rasulullah, bahkan orang yang membantu Rasulullah meletakkan batu Kaabah pada hari pembukaan kota Mekah, mana kita nak letak? Mana cucu cicitnya? Itu belum dikira keturunan Uthman. Seperti kita sedia maklum, Uthman adalah menantu Rasulullah selain Ali. Bahkan Uthman lebih istimewa kerana berkahwin dengan dua puteri Rasulullah. Sebab itu dalam iktikad Ahli Sunnah, Uthman lebih utama daripada Ali. Mana dia anak-anak Uthman? Cucu dan cicitnya? Kalau dikatakan Syed2 itu keturunan Ali, yang kita selalu dengar Uthmani2 itu pula mengaku keturunan Uthman.
Persoalan ketiga ialah berkenaan dengan keharusan atau haram menerima sedekah. Itupun khilaf di kalangan ulama. Mazhab Syafii kata yang haram menerima adalah Rasulullah dan keturunan Bani Hasyim, sama ada sedekah sunat mahu pun wajib. Yang lain-lain pula kata yang haram diterima adalah sedekah wajib (zakat) sahaja. Manakala mazhab Hanafi berpendapat, yang haram itu adalah sewaktu wujudnya harta ghanimah. Jika tiada perang dan tiada ghanimah, mereka semua adalah boleh menerima zakat mahupun sedekah, kecuali Rasulullah. Itupun, majoriti ulama berependapat Rasulullah harus menerima hadiah. 
Persoalan keempat adalah soal penentuan keturunan Rasulullah. Di zaman sekarang ini banyak sangat orang nak mengaku keturunan Rasulullah. Mat Arab datang berdagang di tanah Melayu bawak silsilah palsu mengaku keturunan Nabi, maka letaklah Syed dan Syarifah. Begitu juga sebelah pakistan, begitu ramai letak geralan Uthmani, semata2 nak mengaku cucu cicit Rasulullah. Adakah mereka yang bergelaran itu mesti cucu cicit Nabi? Thabit kah? Kalau thabit macam sanad hadis, itu baharu diterima oleh ulama.

Persoalan kelima ialah, majoriti ulama' berpendapat, mereka yang fasiq seperti kaki botol dan kaki zina serta berakidah syiah dan rafidah tidak berhak menggunakan geralan Ahlil Bayt kerana mereka ini sebenarnya mencemarkan gelaran ahlil bayt. 

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service