Siapa klik dia orang yang mulia...

Sunday, November 22, 2009

Tips kebahagiaan..







Kadangkala kejutan yang diterima boleh menjadikan sesebuah pasangan bertambah bahagia.










Sesuatu yang berbeza antara kedua pasangan mestilah dapat disatukan dengan satu titik pertemuan yang perlu dicari setiap hari sehingga akhir hayat..

Cuma ujian...


Setibanya di bumi Yaman minggu lalu, penulis merasakan suasana yang cukup berlainan iaitu cuaca yang sangat sejuk berbanding Malaysia. Namun, apa yang penting perjuangan mesti diteruskan.

Seperti biasa kawan baik Ustaz Sudin (yang kini telah memiliki sanad daripada Sheikh Qasim Bahr setebal 2 inci) menyambut penulis di mator ,Sana'a bersama Ustaz Faisal. Tiada perubahan yang berlaku di sini. Cuma kelihatan satu pintu khas yang baru telah dibuka untuk muslimat bagi memasuki ruang pelepasan.

Alhamdulillah beg pun cukup. Walaupun tidak berpeluang menaiki Boeing seperti  yang termaktub dalam tiket, janji selamat sampai.

Dalam masa 2hari juga dapat juga penulis sebuah rumah yang baru siap. Sementara menunggu tuan rumah menghabiskan cat penulis tinggal dulu di rumah lama yang meninggalkan banyak sejarah.

Tiada yang menarik yang ingin dibincangkan. Penulis harapkan semua pembaca agar sangkaan buruk kita pada orang yang selama ini tidak bersalah cuba dihilangkan. Seperti sedia maklum sebelum ini ada beberapa artikel yang mendapat sambutan hebat daripada pembaca telah menyebabkan ramai terkesan. Adakalanya kita sering menggunakan emosi untuk sesuatu perkara sehinggakan membuat orang sedih dan kecewa.

Oleh yang demikian, penulis menyeru diri sendiri dan semua blogger-blogger tanah air agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam menukil sesuatu perkara. Sentiasa risaukan perasaan orang lain dan pastikan kita bertanggungjawab dalam semua perkara yang kita tulis.

Sama-samalah teruskan perjuangan...

Thursday, November 12, 2009

Kena tahu...

Warisan Penjajah







Isu mantan Mufti Perlis yang ditahan kononnya menyampaikan ceramah tanpa tauliah telah membuka mata dan minda umum khususnya umat Islam di Malaysia tentang isu pemberian tauliah untuk mengajar, menyebar, menyampaikan da'wah Islam.


Sebenarnya syarat untuk mendapat tauliah oleh mana-mana pendakwah Islam sebelum dibenarkan menyampaikan risalah Islam ini adalah satu cara penjajah menyekat kebangkitan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.


Semasa penjajahan Barat, kebanyakan ulama', penda'wah dan pejuang Islam telah menggunakan medan da'wah di surau, masjid, dan lain-lain tempat untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang penjajah berdasarkan 'ilmu dan kekuatan jihad berpaksikan aqidah.


Maka diciptalah oleh sang penjajah sekatan untuk Islam disebarkan. Di Selangor, penjajah mencipta satu undang-undang dipanggil Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor No. 3 1952. Didalam enakmen ini, penjajah menukar habis hukum syara' dan perundangan Islam. Kesalahan zina, khalwat, arak, qazaf dan lain-lain yang sudah qat'i didalam hukum syara' di ubah hukumannya kepada denda dan hukuman yang bukan dari sumber Al Quran dan sunnah.


Bagi menyekat pengembangan Islam, maka disekat para ulama', tuan guru, para ustadz/ ustadzah, para da'ie dan pendakwah serta aktivis dan pejuang Islam daripada menyebarkan Islam dengan membuat peruntukkan di Seksyen 166 Enakmen tersebut iaitu:


"Siapa-siapa melainkan dirumahnya dan dihadapan ahli rumahnya sahaja, mengajar dan menerang lain-lain pengajaran mana-mana ilmu agama Islam dengan tiada mendapat kebenaran yang bertulis dari Kadi hendaklah disiksa dengan penjara lamanya tiada lebih daripada 3 bulan atau denda tiada lebih daripada 6 bulan atau denda".



Berdasarkan peruntukkan ini, maka ramailah ulama', tuan guru, pendakwah, ustadz/ustadzah, para da'ie dan pendakwah serta aktivitis dan pejuang Islam yang disekat daripada menyampaikan risalah Islam. Ada yang ditangkap dan dihukum, dan akhirnya masjid menjadi lesu dan hilang rohnya..umat islam menjadi jahil dan disumbat dengan islam yang di acu oleh Barat. Yang paling malang, institusi mimbar Jumaat juga menjadi korban. Khutbah-khutbah semuanya dibuat mengikut telunjuk penjajah dan pak khatib sekadar menjadi kakak-tua yang membaca balik teks yang disediakan, yang kekadang isinya langsung tidak relevan sama sekali.


Dan inilah sistem perundangan yang terus menerus diwarisi oleh bangsa Melayu walaupun sesudah merdeka. Maka muncullah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1980, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965, Akta Keluarga Islam 1980 dan Akta Jenayah Syariah; yang semuanya adalah versi moden yang diciplak daripada enakmen asal yang dihadiahkan penjajah kepada bangsa Melayu.
Kita merdeka dari segi politik, tetapi terjajah dari segi aqidah! Perlembagaan yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957, kini menjerut leher dan aqidah bangsa Melayu!



Dizaman siber tanpa sempadan, saya hairan JAIS dan yang sewaktu dengannya masih lagi terbelenggu dengan warisan penjajah ini. Apakah JAIS akan bertindak terhadap ustadz/ ustadzah yang mengajar Quran dan muqaddam di rumah-rumah? Bagaimana dengan pensyarah, guru yang mengajar disekolah-sekolah yang mengajar matapelajaran Islam.
Bagaimana pula dengan program Ehwal Perdana Islam di kaca TV, ramai panelisnya adalah golongan yang tidak diberikan tauliah. Bagaimana dengan mereka yang menyampaikan Islam di dada akhbar, majalah dan lain-lain. Bagaimana dengan blog, ruang siber dan lain-lain.
Apakah masjid surau tidak boleh memanggil penceramah dari disiplin lain untuk memberi ceramah dan kuliah. Contohnya memanggil doktor pakar untuk memberi penerangan tentang perubatan. Ataupun memanggil seorang pegawai Amanah Raya untuk memberi penjelasan tentang hal wasiat dan pusaka. Bagaimana kalau pihak masjid memanggil seorang banker untuk memperjelaskan sekim kewangan Islam. Apakah mereka semua ini tidak layak memberikan ceramah dan kuliah kepada jemaah Muslim, sedangkan Islam itu satu agama kehidupan, dan soal perubatan, kewangan, guaman dan lain-lain juga adalah perkara yang menyentuh tentang kehidupan harian umat Islam.


Pada saya, isu tauliah ini adalah isu lapuk. Ianya adalah satu warisan yang ditinggalkan penjajah untuk disinambungkan oleh bangsa Melayu. Ianya adalah satu mekanisma yang digunakan penjajah untuk menyekat pengembangan Islam. Kini anak jajahnya dengan penuh ta'at dan tawadhuk menurut acuan bapak penjajahnya.


Tauliah telah menjadi satu senjata yang digunakan untuk membunuh pengembangan 'ilmu Islam itu sendiri. Kekadang ia membawa kepada lawak senario. Bayangkan di Malaysia ada 14 negeri, bermakna seseorang pendakwah perlu mendapat 14 tauliah! Bayangkan Mufti Negeri Perak tidak diberi tauliah menyampaikan ceramah/ khutbah di negeri Johor. Bayangkan bekas Mufti Selangor Almarhum Dato' Ishak Baharom sendiri dihalang menyampaikan ceramah dan kuliah dalam negeri Selangor setelah dilucutkan jawatan Mufti. Bayangkan Dato' Ismail Kamus, dahulu dia yang sain sijil tauliah, hari ini dia sendiri tidak diberi tauliah. Bayangkan ulama' sebesar Dato Dr. Haron Din langsung tidak diberi tauliah untuk mengajar disurau masjid. Adakah wajar ulama' saperti Dr. Abdullah Yassin, yang diiktiraf oleh dunia Islam sebagai seorang ulama' mufassirin tetapi ditangkap ketika sedang mengupas surah Al Baqarah hanya kerana tiada tauliah!
Tindakan JAIS baru-baru ini sangatlah memalukan Islam sendiri. Mereka menghina dunia Islam, mereka membantutkan perkembangan 'ilmu Islam. Yang paling malang, mereka membuktikan kepada dunia betapa jumudnya pemikiran segelintir mereka yang diberi kuasa untuk "menjaga Islam".


Saya berpendapat bahawa keperluan kepada tauliah untuk menyampaikan Islam dan berda'wah hendaklah dimansuhkan. Padanya ianya lebih memudharatkan Islam daripada membawa kebaikan. Pada saya, da'wah dan penyebaran serta pengembangan Islam dan 'ilmu perlu dibenarkan tanpa sekatan, samada di masjid dan surau, mahupun di mimbar Jumaat.
Pada saya, hanya jika penyampaian dan ajaran yang dibawa adalah bercanggah dengan Islam ataupun sesat barulah kita ambil tindakan. Contohnya seperti tindak-tanduk kumpulan yang melabel diri mereka Sisters in Islam yang mempertikaikan hukum hakam dan syariat Islam dalam ceramah, program dan risalah mereka. Tetapi yang peliknya kegiatan kumpulan seperti ini tidak pulak JAIS dan yang sewaktu dengannya beriya-iya nak ambil tindakan. Ini menambahkan lagi persepsi bahawa tindak-tanduk badan saperti JAIS ini mengamalkan sikap 'double-standard' dan menurut telunjuk pihak lain!


Apa pun, yang pentingnya setelah lebih 50 tahun merdeka, mengapa kita umat Islam bangsa Melayu masih terikat dengan belengu penjajah. Sampai bila kita nak melolong dan berkokok laungan merdeka pada tiap tanggal 31 Ogos, sedangkan agama Islam yang menjadi tunggak jatidiri dan survival bangsa Melayu masih terjajah. Sudah tiba masanya warisan-warisan penjajah saperti isu tauliah ini kita hapuskan, dan kita bina semula umat yang lemah dan lesu ini diatas dasar Islam yang menurut Al Quran dan sunnah yang sebenarnya.


Diatas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
ayuhlah wahai anak bangsa,
hapuskan warisan penjajah durhaka.



Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Zulqaedah 1430 / 03 Nov 2009

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service