Siapa klik dia orang yang mulia...

Sunday, February 21, 2010

Antara dua kebatilan..itulah yang haq


Kebenaran adalah di antara 2 kebatilan..

Islam sentiasa sederhana dalam semua perkara..

Contoh :

1) Yahudi diberikan kelebihan dalam semua perkara termasuk diberi pelbagai ilmu. Namun, mereka ini diumpamakan himar (keldai) yang membawa tunggangan kitab yang banyak tetapi tidak membacanya dan mengamalkannya.

Nasrani pula tidak diberikan banyak kelebihan ilmu tetapi pengamalan mereka melampau seperti mana kita melihat paderi mereka tidak berkahwin (menyekat fitrah) dan pelbagai amalan-amalan ketuhanan yang menyusahkan.

Maka Islam datang mengambil jalan tengah di antara kedua-dua kebatilan di atas. Islam didatangkan dengan ilmu dan wahyu, pengamalannya juga amat kena dengan fitrah kejadian manusia.

2) Yahudi menjauhkan diri termasuk tidak makan dan minum serta tidak bersama dengan orang perempuan yang datang haid.

Nasrani pula membuat semua perkara di atas termasuk berjima' dengan orang perempuan yang haid.

Islam datang dengan jawapan yang lebih baik iatu tidak mendatangi isteri yang haid tetapi dalam masa yang sama tetap membenarkan para suami makn dan minum seperti biasa.

3) Orang Syiah kononnya mengagungkan Saidina Ali tetapi dalam masa yang sama menghina sahabat yang lain.

Ahlus Sunnah wal Jamaah mengagungkan Saidina Ali tetapi tidak menghina sahabat yang lain.

4) Golongan Mujassimah menjisimkan Allah.

Golongan ta'wil pula menolak dan menyatakan bukan tangan tetapi kuasa.

Ahlus Sunnah wal Jamaah mengambil jalan tengah beriman dengan ayat dan jangan menyatakan persoalan 'bagaimana?'

5) Jabariyyah menyatakan dosa pahala telah ditulis dan kita dipaksa menerimanya.

Qadariyyah pula semuanya atas kemahuan manusia.

Ahlus Sunnah wal Jamaah beriktiqad kita diberi peluang memilih jalan yang baik dan buruk. dan kita beriktiqad memang kesemuanya itu berada di dalam pengetahuan Allah sejak dulu lagi.

Maka percayalah kebenaran sentiasa berada di antara dua kebatilan. Islam itu wasotiah..

No comments:

Post a Comment

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service