Siapa klik dia orang yang mulia...

Monday, November 19, 2012

Terima kasih org Islam...



Kata orang, jika sudah berselindung di sebalik tabir bersekongkol dengan kejahatan pastinya ia akan dibalas dengan balasan setimpal yang tidak pernah kita duga!

Walaupun diwar-warkan dengan gimik pemberian burger percuma sebanyak 200 ribu biji esok semasa sarapan, ternyata sambutan boikot yang dilakukan secara meluas di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter mula menampakkan kesan positif,


Tinjauan pengguna dan pemerhati ke beberapa buah cawangan rangkaian McDonalds dan Starbucks Coffee di Lembah Klang mendapati kaunter dibuka seperti biasa tetapi jumlah pengunjung terutama orang Islam merosot teruk dengan ketara.

Gambar-gambar yang diambli petang tadi jelas membuktikan bahawa kempen boikot yang dijalankan ekoran serangan ketenteraan tentera rejim Israel laknatullah ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sungguh menggalakkan.

Beberapa pengunjung yang ditemui rata-rata mengetahui kempen boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel dan memberitahu mereka akan meneruskannya jika tiada sebarang penjelasan kukuh diberikan pihak pengurusan rangkaian makanan segera itu ke manakah bayaran francais tahunan yang dibayar untuk terus menggunakan label produk mereka disalurkan.


Tidak cukup dengan itu, pengurusan mereka juga gagal menjelaskan bagaimana hubungan antara francais rangkaian di Malaysia tidak berkait dengan pemilik asal francais di Amerika Syarikat yang diketahui antara penyalur utama kepada pembunuhan rakyat Palestin yang kini sudah mencecah lebih 50 orang sejak serangan tentera rejim dilancarkan lima hari lalu.

Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada umat Islam yang memboikot sumber utama Yahudi membunuh saudara seagama kita sendiri dan sebarkan kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahuinya.

Teruskan berdoa moga Palestin diberi kekuatan tambahan ke atas usaha kecil kita ini, ameenn. 

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service