Siapa klik dia orang yang mulia...

Monday, May 3, 2010

Dalami agama...fardhu ain atau fardhu kifayah?


Maksud fardhu ain adalah kewajipan yang jatuh ke atas setiap individu, yang mana andai ditinggalkan individu tersebut ia tetap berdosa sekalipun orang sekelilingnya melakukan kewajipan tersebut.

Contoh : Solat lima waktu..andai kata kita sudah selesai melakukan solat Maghrib berjemaah di masjid. Kemudian kita keluar dan mendapati ada kawan kita yang merayau di luar masjid. Soalan kita akan berbunyi : Kenapa kau tak sembahyang? Ia bermakna perkara tersebut memang kita ketahui telah jatuh fardhu bagi setiap dari kita.

Fardhu kifayah pula ialah kewajipan yang jatuh ke atas satu kelompok jemaah yang mana andaikata tiada seorang pun dari mereka melakukan kewajipan tersebut maka kesemuanya dikira berdosa.

Contoh : Solat Jenazah..andai kata kita selesai melakukannya dan kemudian kita keluar lalu mendapati ada kawan kita merayau di luar masjid. Soalan kita akan berbunyi : Kau solat tak jenazah tadi? Ia bermakna perkara tersebut diketahui jika sudah ada yang melakukannya, tidak menjadi masalah untuk kita meninggalkannya.

Dalam satu situasi, jika terdapat seseorang yang jatuh ke dalam sungai. Di saat itu, ada 5 orang di tebing sungai yang mana kelima-limanya boleh berenang. Apakah hukumnya di sini? Fardhu ain atau fardhu kifayah?

Hukum menyelamat di sini tetap fardhu ain. Tetapi jika sudah cukup seorang untuk turun menyelamatkan mangsa lemas tadi maka terlepaslah dosa baki 4 orang yang di atas tebing sungai tadi.

Tapi apabila dari kalangan 5 orang tadi, hanya seorang sahaja yang mampu berenang, maka jatuh hukum fardhu ain pada dirinya dan dikira berdosa kalau dia tidak menyelamatkan mangsa tersebut. Dalam masa yang sama baki 4 orang yang tidak tahu berenang tidak dikira berdosa.

Baiklah, kita kaitkan dengan belajar mendalami agama. Adakah fardhu ain atau fardhu kifayah?
Jika sesebuah kampung sudah menghantar seorang dari penduduknya untuk belajar agama dan mampu untuk kembali mengajar seluruh penduduk kampung tersebut maka terlepas dosa seluruh penduduk kampung tersebut.

Apabila dalam kampung tersebut, cuma ada seorang sahaja yang mampu iaitu (cukup duit belanja, sihat) maka jatuh hukum fardhu ain ke atas dirinya sahaja. Bermakna orang lain terlepas dari dosa tersebut.

Sebagai kesimpulan, cuba lihat diri kita sendiri.

1) Adakah ada kemampuan untuk mendalami agama?

2) Jika ada seorang kawan sekampung yang memilih bidang agama, adakah kita rasa cukup dia seorang atau kita perlu membantunya?

Kalau dilihat di Malaysia..maksiat makin hebat..hiburan makin kuat...jadi adakah sudah cukup orang yang perlu mendalami agama?

Kalau kita ada kemampuan, tapi dalam masa yang sama negara kita masih perlu...berdosakah kita??? Jawab sendiri....

p/s : penulis tak suka orang pilih agama sebagai pilihan terakhir...

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service