Siapa klik dia orang yang mulia...

Thursday, September 3, 2009

Waktu yang sesuai..


  • Kita kalau baik kenapa mahu jadi jahat?

Penulis mempunyai seorang sahabat suatu ketika dahulu. Memang penulis sangat kagum dengan kelebihan yang dianugerahkan Allah kepadanya. Boleh berceramah, pandai menulis dan sebagainya. Namun, mungkin satu ujian buat dirinya...dia sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif. Di sudut hati, penulis yakin dia ada jawapan dan orang lain tidak tahu dan tidak faham jawapan itu.

  • Hmm, kenapa dalam persahabatan perlu ada ujian?
Terkadang terfikir, mengapa dugaan datang silih berganti. Ada orang kata, takpa. Ada hikmahnya.. Tapi, kali ini susah penulis hendak faham apa hikmahnya. Nampak lebih jelas kepada perpecahan. Bukannya penyatuan hati. Keikhlasan? Memang jauh sekali. Semua kesilapan dan keaiban dibongkar satu persatu...

  • Hasutan yang tidak berkesudahan...
Bila ada dengki dan hasutan memang itulah jawapannya. Agama dalam diri akan dibuang jauh. Padahal itulah benteng terakhir. Lebih gemar memilih kekerasan. Teringat Musa diarahkan berkata-kata lembut kepada Firaun. Musa itu Rasul, Firaun jahat dan zalim yang teramat..kita siapa? Kenapa memilih ugutan dan fitnah.


  • Hanya doa...
Di dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini (hanya bulan ini disebut dalam al-Quran) penulis memohon kepada Allah diberikan kekuatan. Ampunkanlah dosaku dan dosa sahabatku..percayalah aku bukan mahu menjadi pengkhianat.

No comments:

Post a Comment

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service