Siapa klik dia orang yang mulia...
Saturday, November 13, 2010
Thursday, November 11, 2010
Hadis tentang Eidul Adha..

Tuesday, October 12, 2010
Siapa ada anak sila cucuk BCG..
Batuk Kering (TB)
Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.
Tanda dan Gejala
Apakah gejala batuk kering?
Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
Batuk berdarah
Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
Hilang selera makan atau turun berat badan
Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
Mudah letih dan lemah
Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
X-ray dada
Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Komplikasi
Adakah batuk kering merbahaya?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Rawatan
Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.
Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan
Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh
Pencegahan
Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Kumpulan sokongan
Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang pertanyaan
The Malaysian Association for The Prevention of TB (MAPTB) atau Persatuan TB Tempatan
Wednesday, October 6, 2010
Alhamdulillah...
3 Oktober 2010.. Kali ini 'hero' pulak. Cuma nak kongsi cerita sikit. Masa masuk Hospital Kaherah (sama hospital macam anak yang pertama), doktor dah balik rumah sebab nak makan tengah hari. Tapi, minta juga doktor datang sebab my wife dah sakit sangat. Kena tambah 1000riyal yaman untuk bayar duit teksi doktor plak.
Lalu jam 3 petang (waktu Yaman) my wife masuk dalam tempat orang bersalin. Masa tu patut nak masuk sekali, tapi nurse suruh bayar dulu duit bersalin.
Lepas patah balik, tahu-tahu dah kedengaran bunyi budak menangis.. Syukur sangat pada Allah 3.15 petang. Senang je keluar si Syed yang 2.5 kilogram je ni..
Harapan saya dalam post kali ni, banyak-banyaklah berdoa dalam setiap sujud dalam sembahyang (jangan sujud last je). Moga-moga Allah jadikan anak ini seorang soleh dan menjaid pejuang di jalan Allah. Ameen..
Friday, September 10, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Design terbaru...

Raya kali ini dibuat di Asrama Kebajikan Zahafiz. Bukan nak promote tapi nak tunjuk design yang dibuat oleh albankuri...
Moga-moga Universiti Ramadhan kali ini memberi seribu pengajaran dan semoga kita tergolong dari kalangan mereka yang Allah catat sebagai hambaNya yang soleh..ameen
Permaya pun ada juga tapi tak cantik...
Monday, August 16, 2010
Sepatutnya begini...
Saban tahun orang menyebut tentang 8 rakaat dan 20 rakaat. Kita jawab berdasarkan realiti semasa. Saya petik dari tranungkite.net.
Oleh: asshafiee
"
“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Sejarah Solat Tarawih ialah bermulanya di Masjid Nabawi, ketika mana malam pertama Ramadhan Nabi Muhammad saw mengerjakan Solat Tarawih dan diikuti oleh sahabatnya yang berada di masjid tersebut. Malam kedua Nabi Muhammad saw mengerjakan lagi Solat Tarawih dan diikuti lebih ramai lagi para sahabatnya. Pada malam ketiga lebih ramai lagi para sahabatnya menunggu Nabi Muhammad saw untuk mengerjakan Solat Tarawih, tetapi Nabi Muhammad saw tidak hadir pada malam tersebut. Pada keesokkan harinya, para sahabat bertanya kepada Rasulullah akan hal tersebut. Rasulullah menjawab kuatir Solat Tarawih tersebut diwajibkan. Peristiwa ini berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra bermaksud :
"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)
Rakaat Solat Tarawih
Ulamak dari empat mazhab bersepakat bahawa Solat Tarawih mempunyai 20 rakaat tidak termasuk dengan witir. Hujah ini berdasarkan kepada :
- Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat.
- Hadith riwayat Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta' . Yazid bin Rauman berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan Solat Tarawih sebanyak 23 rakaat. ( 20 rakaat Tarawih dan 3 Rakaat Witir)
- Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya Aqrabul Masalik'ala Mazhab Al-Imam Malik mengatakan bahawa : "Bahawa Solat Tarawih itu 20 rakaat dilaksanakan selepas solat Isyak dan salam setiap dua rakaat selain witir.Solat Tarawih itu sunat dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh dengan jamaah yang mendirikan Solat Tarawih. akan tetapi jika masjid kosong daripada Solat Tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah."
- Imam Syafii dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa : “Solat Tarawih itu berjumlah 20 rakaat berdasarkan ijma para sahabat pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Imam Ibnu Abdil Bar menerangkan: "Sungguh benar adanya daripada Ubai bin Kaab bahawa beliau Solat Tarawih dengan 20 rakaat bersama umat Islam tanpa ada perselisihan pendapat daripada para sahabat."
- Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid berkata: "Imam Malik dalam satu riwayat mengatakan Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafii dan Imam Ahmad memilih 20 rakaat selain witir."
- Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami menetapkan bahawa Solat Tarawih berjumlah 20 rakaat dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima tarwihat (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat rakaat dengan terdiri dua salam."
Ulasan :
1. Penulis di atas seperti menyatakan 8 rakaat dilakukan oleh mereka yang tidak mampu..
2. Sepatutnya penulis harus jujur menyatakan maklumat ini :
Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:
“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).
Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.
Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh. Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.
3. Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:
“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah menyanggahi sunat Nabi s.a.w. Bahkan ramai ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.
4. Tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).
5. Sepatutnya kalau mengikut realiti masyarakat di Malaysia yang masih jahil agama, kita patut mengisi ruang malam dengan pengisian ilmu. Susah kita hendak kumpulkan orang-orang Islam selain dari bulan Ramadhan. Maka, inilah peluang yang ada.
6. Inilah masanya hendak menerapkan iman, beritahu tentang bahaya syirik, haramnya arak dan judi..Itu maksud saya Muslim Malaysia masih jahil.
Facebook Badge
Apa ranking?
| Check Page Rank of any web site pages instantly: |
| This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service |
