Siapa klik dia orang yang mulia...

Tuesday, October 12, 2010

Siapa ada anak sila cucuk BCG..

Batuk Kering (TB)


Apakah batuk kering?


Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.

Tanda dan Gejala

Apakah gejala batuk kering?

Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
Batuk berdarah
Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
Hilang selera makan atau turun berat badan
Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
Mudah letih dan lemah
Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:

Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
X-ray dada
Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.

Komplikasi


Adakah batuk kering merbahaya?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Rawatan

Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.

Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan
Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh
Pencegahan

Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:

Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Kumpulan sokongan

Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang pertanyaan
The Malaysian Association for The Prevention of TB (MAPTB) atau Persatuan TB Tempatan

No comments:

Post a Comment

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service