Menteri Besar Perak(xsah) adalah Zambry Kadir dan ADUN bagi Pulau Pangkor adalah Zambry Kadir sendiri manakala Exco Pelancongan Perak pula adalah Hamidah Osman mereka adalah pemerintah yang berkuasa di negeri Perak.
Segala aktiviti bercorak hiburan yang bakal berlangsung di Perak pasti memerlukan kebenaran dari mereka dan ianya sudah tentu diketahui oleh mereka tambahan pula Zambry Kadir sendiri adalah ADUN bagi Pangkor.
Tetapi Ngeh Koo Ham dan juga Nga Kor Meng kedua-duanya dari DAP/PR Perak yang kini menjadi pembangkang dan tiada kuasa pula di tuduh sebagai dalang utama disebalik penganjuran ‘Miss Bikini’ itu.