Siapa klik dia orang yang mulia...

Friday, September 10, 2010

Sekitar malam satu Syawal..

Main bunga api...murah je sebatang 5 riyal


Bersama geng iktiqaf Jamik Zaid b Tsabit


Wednesday, September 8, 2010

Design terbaru...


Raya kali ini dibuat di Asrama Kebajikan Zahafiz. Bukan nak promote tapi nak tunjuk design yang dibuat oleh albankuri...

Moga-moga Universiti Ramadhan kali ini memberi seribu pengajaran dan semoga kita tergolong dari kalangan mereka yang Allah catat sebagai hambaNya yang soleh..ameen

Permaya pun ada juga tapi tak cantik...

Monday, August 16, 2010

Sepatutnya begini...

Selamat Menyambut Ramadhan...

Saban tahun orang menyebut tentang 8 rakaat dan 20 rakaat. Kita jawab berdasarkan realiti semasa. Saya petik dari tranungkite.net.

Oleh: asshafiee

"Maksud Tarawih dari bahasa ialah berasal dari perkataan tarwihah yang bermaksud satu kali istirehat. Solat Tarawih pada istilah ialah solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Hukum Solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan Solat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat Sunat Tarawih.
Kelebihan yang paling besar dikurniakan Allah swt kepada orang yang mengerjakan solat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sejarah Solat Tarawih ialah bermulanya di Masjid Nabawi, ketika mana malam pertama Ramadhan Nabi Muhammad saw mengerjakan Solat Tarawih dan diikuti oleh sahabatnya yang berada di masjid tersebut. Malam kedua Nabi Muhammad saw mengerjakan lagi Solat Tarawih dan diikuti lebih ramai lagi para sahabatnya. Pada malam ketiga lebih ramai lagi para sahabatnya menunggu Nabi Muhammad saw untuk mengerjakan Solat Tarawih, tetapi Nabi Muhammad saw tidak hadir pada malam tersebut. Pada keesokkan harinya, para sahabat bertanya kepada Rasulullah akan hal tersebut. Rasulullah menjawab kuatir Solat Tarawih tersebut diwajibkan. Peristiwa ini berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra bermaksud :

"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)

Rakaat Solat Tarawih

Ulamak dari empat mazhab bersepakat bahawa Solat Tarawih mempunyai 20 rakaat tidak termasuk dengan witir. Hujah ini berdasarkan kepada :

  1. Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat.
  2. Hadith riwayat Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta' . Yazid bin Rauman berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan Solat Tarawih sebanyak 23 rakaat. ( 20 rakaat Tarawih dan 3 Rakaat Witir)
Pendapat dari ulamak muktabar Tentang Rakaat solat Sunat Tarawih ialah :

  1. Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya Aqrabul Masalik'ala Mazhab Al-Imam Malik mengatakan bahawa : "Bahawa Solat Tarawih itu 20 rakaat dilaksanakan selepas solat Isyak dan salam setiap dua rakaat selain witir.Solat Tarawih itu sunat dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh dengan jamaah yang mendirikan Solat Tarawih. akan tetapi jika masjid kosong daripada Solat Tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah."
  2. Imam Syafii dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa : “Solat Tarawih itu berjumlah 20 rakaat berdasarkan ijma para sahabat pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Imam Ibnu Abdil Bar menerangkan: "Sungguh benar adanya daripada Ubai bin Kaab bahawa beliau Solat Tarawih dengan 20 rakaat bersama umat Islam tanpa ada perselisihan pendapat daripada para sahabat."
  3. Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid berkata: "Imam Malik dalam satu riwayat mengatakan Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafii dan Imam Ahmad memilih 20 rakaat selain witir."
  4. Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami menetapkan bahawa Solat Tarawih berjumlah 20 rakaat dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima tarwihat (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat rakaat dengan terdiri dua salam."
Jelas daripada semua pendapat ulamak di atas mengatakan bahawa Solat Tarawih mengandungi 20 rakaat. Hal ini tidak menjadi masalah kalau ada orang yang tidak mampu mengerjakan 20 hanya mengerjakan 8 rakaat. Dalam hal ini juga tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu berbalah atas alasan Rasulullah tidak melaksanakan Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid. Ini semua hanya masalah furuk sahaja dan tiada dalil yang mengaharamkan atau mewajibkan perbuatan tersebut. Bergantung kepada kemampuan semua orang, jika mampu laksanakan 20 rakaat, maka lakukanlah 20 rakaat, kalau tidak mampu cukup hanya dengan 8 rakaat sahaja.

Ulasan :

1. Penulis di atas seperti menyatakan 8 rakaat dilakukan oleh mereka yang tidak mampu..

2. Sepatutnya penulis harus jujur menyatakan maklumat ini :

Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:

“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).

Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.

Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh. Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.


3. Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah menyanggahi sunat Nabi s.a.w. Bahkan ramai ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.

4. Tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:

“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).

5. Sepatutnya kalau mengikut realiti masyarakat di Malaysia yang masih jahil agama, kita patut mengisi ruang malam dengan pengisian ilmu. Susah kita hendak kumpulkan orang-orang Islam selain dari bulan Ramadhan. Maka, inilah peluang yang ada.

6. Inilah masanya hendak menerapkan iman, beritahu tentang bahaya syirik, haramnya arak dan judi..Itu maksud saya Muslim Malaysia masih jahil.

Sunday, July 11, 2010

Demi Pulau Pangkor..


Pulau Pangkor ni setiap tahun tak pernah miss pergi setiap tahun. Sebab emak penulis lahir di situ Kampung Teluk Dalam. Baru-baru ini, kampung ni jadi tempat shooting film untuk cerita lawak Senario terbaru. The Beach apa entah..
Buat pula di chalet Kampung Teluk Dalam. Tapi bukan nak cerita tentang tu..tapi kesian Pulau Pangkor ni Dato' Zambry pegang. Tapi, tak jadi apa pun. Tahun lepas, penulis balik sebab ataok tersayang kembali menemui Allah. Begitulah silih berganti kampung ini. Yang tua meninggal diganti dengan si muda.
Pernah sekali penulis bawa 70 orang pelajar Darul Quran JAKIM buat program anak angkat atau lebih dikenali sebagai "Program Bakti Huffaz". Ramai yang masih menghubungi keluarga angkat masing-masing. Cumanya, program seminggu macam tu masih tak cukup untuk beri kesan kepada seluruh penduduk Pulau Pangkor terutamanya dari segi pengahayatan agama.
Maka, kesimpulannya dengan merujuk kepada banner di atas marilah semua menyumbang berapa yang termampu.. supaya Pulau Pangkor bakal menjadi Pulau yang diberkati Allah. ameen.. bukannya macam Pulau Maksiat (Hawaii).

Wednesday, June 2, 2010

Bahagian Media di Jamiah Iman...


Ini adalah bilik yang menempatkan rakaman-rakaman kuliah Sheikh di Jamiatul Iman. Salah satu tujuan dibuat rakan video ini adalah untuk ditayangkan di sebelah Muslimat. Ini juga bagi menolak tohmahan dan fitnah daripada pihak tertentu yang mengatakan Jamiatul Iman mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan. (Bagi rakyat Malaysia mesti pelik sebab, kenapa belajar pun nak pisah-pisah).



Jawapan bagi persoalan di atas sebenarnya berkait rapat dengan kehebatan pengurusan Jamiatul Iman dalam memastikan para pelajarnya dapat memberi tumpuan di dalam kelas. Salah satu sebab pelajar kita di Malaysia tidak kira di peringkat menengah atau universiti tidak dapat menumpukan perhatian adalah sebab kawan berlainan jantina yang lebih menarik daripada kuliah yang disampaikan oleh guru atau pensyarah.



Ini pula salah seorang Sheikh yang sedang menjalankan 'muhadharoh'nya iaitu Sheikh Abdul Mannan al-Talibi. Dia merupakan Sheikh yang sangat tawadhu' dan alim.

Monday, May 3, 2010

Dalami agama...fardhu ain atau fardhu kifayah?


Maksud fardhu ain adalah kewajipan yang jatuh ke atas setiap individu, yang mana andai ditinggalkan individu tersebut ia tetap berdosa sekalipun orang sekelilingnya melakukan kewajipan tersebut.

Contoh : Solat lima waktu..andai kata kita sudah selesai melakukan solat Maghrib berjemaah di masjid. Kemudian kita keluar dan mendapati ada kawan kita yang merayau di luar masjid. Soalan kita akan berbunyi : Kenapa kau tak sembahyang? Ia bermakna perkara tersebut memang kita ketahui telah jatuh fardhu bagi setiap dari kita.

Fardhu kifayah pula ialah kewajipan yang jatuh ke atas satu kelompok jemaah yang mana andaikata tiada seorang pun dari mereka melakukan kewajipan tersebut maka kesemuanya dikira berdosa.

Contoh : Solat Jenazah..andai kata kita selesai melakukannya dan kemudian kita keluar lalu mendapati ada kawan kita merayau di luar masjid. Soalan kita akan berbunyi : Kau solat tak jenazah tadi? Ia bermakna perkara tersebut diketahui jika sudah ada yang melakukannya, tidak menjadi masalah untuk kita meninggalkannya.

Dalam satu situasi, jika terdapat seseorang yang jatuh ke dalam sungai. Di saat itu, ada 5 orang di tebing sungai yang mana kelima-limanya boleh berenang. Apakah hukumnya di sini? Fardhu ain atau fardhu kifayah?

Hukum menyelamat di sini tetap fardhu ain. Tetapi jika sudah cukup seorang untuk turun menyelamatkan mangsa lemas tadi maka terlepaslah dosa baki 4 orang yang di atas tebing sungai tadi.

Tapi apabila dari kalangan 5 orang tadi, hanya seorang sahaja yang mampu berenang, maka jatuh hukum fardhu ain pada dirinya dan dikira berdosa kalau dia tidak menyelamatkan mangsa tersebut. Dalam masa yang sama baki 4 orang yang tidak tahu berenang tidak dikira berdosa.

Baiklah, kita kaitkan dengan belajar mendalami agama. Adakah fardhu ain atau fardhu kifayah?
Jika sesebuah kampung sudah menghantar seorang dari penduduknya untuk belajar agama dan mampu untuk kembali mengajar seluruh penduduk kampung tersebut maka terlepas dosa seluruh penduduk kampung tersebut.

Apabila dalam kampung tersebut, cuma ada seorang sahaja yang mampu iaitu (cukup duit belanja, sihat) maka jatuh hukum fardhu ain ke atas dirinya sahaja. Bermakna orang lain terlepas dari dosa tersebut.

Sebagai kesimpulan, cuba lihat diri kita sendiri.

1) Adakah ada kemampuan untuk mendalami agama?

2) Jika ada seorang kawan sekampung yang memilih bidang agama, adakah kita rasa cukup dia seorang atau kita perlu membantunya?

Kalau dilihat di Malaysia..maksiat makin hebat..hiburan makin kuat...jadi adakah sudah cukup orang yang perlu mendalami agama?

Kalau kita ada kemampuan, tapi dalam masa yang sama negara kita masih perlu...berdosakah kita??? Jawab sendiri....

p/s : penulis tak suka orang pilih agama sebagai pilihan terakhir...

Wednesday, April 21, 2010

Syarat Taubat...


Biasa kita dengar tentang tiga syarat di bawah :

1) Tinggal kan perbuatan.

2) Menyesal dengan kesalahan.

3) Berazam tidak akan mengulang kesalahan tersebut.

Ada tambahan yang disepakati ulama' (rujuk hadis Riyadus Solihin):

1) Mestilah seorang Islam..kafir tidak diterima taubatnya.

2) Mestilah sebelum sampai nyawanya di kerongkong.

3) Mestilah sebelum matahari terbit dari arah barat.

Kata Qodhie Imrani : Pintu taubat dan babur rahmah masih terbuka. Maka mintalah ampun dan jangan lupa maafkan orang supaya hati kita tenang...Ingatlah! Bukan kita saja yang betul dalam dunia ini. Mungkin orang lain juga betul...

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service