e+%ng, cela~@, ha#@m, ponpangpongpangtingtongtin
gtong.... itu lah yg terkeluar dari mulut sesetengah org apabila melihat kezaliman, penghinaan dan seumpamanya yg telah dilakukan oleh mereka yg mungkin masih dalam kejahilan terhadap alim ulama' dan golongan penyebar agama Islam.
Lebih2 lagi di zaman moden ini, penghinaan itu tersebar begitu cepat dan tepat kpd kita yg sempat melayari dunia alam maya ini.
Gambar yg ditangkap dan video yg dirakam dapat dilihat seperti mana perkara itu berlaku dan menyebabkan kita yg melihatnya merasakan begitu marah dan benci.
Sebagai mana isu-isu panas yg berlaku 2,3 hari ini di luar mahu pun di dalam negara kita seperti isu rakaman penghinaan NABI S.A.W, gambar2 alim ulama' yg diedit menjadi buruk, pijak, berak kencing dan seumpamanya.
Oleh itu, diri ini merasakan tiada gunanya kita sekadar meluahkan rasa benci dan kata-kata kesat, tetapi mestilah kita melihat semula kisah-kisah perjuangan para pejuang yg terdiri dari para rasul2, nabi2, sabat2, tabi'in, ulama2 silam dan yg terkini.
Maka, Al-Quran, hadis, kitab2, dan bahan rujukan yg berasas harus dibuka, dibaca,dikaji, difahami dan dibincang bersama.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menambahkan lagi semangat kita dan melemahkan usaha2 dari pihak musuh serta menghilangkan kejahilan dan semangat membabi buta (emosi) yg kadang kala merosakkan imej Islam itu sendiri.
:: SELAMAT MEMBACA & SEBARKAN, SEMOGA MENDAPAT MANFAAT ::
1. CABARAN PENDAKWAH DAN CARA MENANGANINYA:
Cabaran yang dihadapi oleh pendakwah mungkin dalam bentuk kesusahan dan penderitaan yang menghimpit perasaan dan fizikal. Atau mungkin juga datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan yang mengembirakan hati. Selalunya ramai orang yang berjaya dengan cabaran dan ujian kesusahan tetapi rosak binasa dengan cabaran kesenangan.
Cabaran dan rintangan itu juga datangnya dari diri sendiri bahkan dari orang yang terdekat seperti dari keluarga dan dari orang luar seperti pemerintah, penguasa, majikan, masyarakat, gerakan-gerakan lain dan sebagainya.
Semua cabaran yang dihadapi oleh pendakwah mesti ditangani dan diatasi dengan baik.
Antara cara menangani cabaran dan rintangan ini ialah;
Pertama, hendaklah tabah dan gigih menghadapi sebarang cabaran dan tekanan.
Kedua, tidak bertindak mengikut emosi, tetapi mestilah mengikut peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh syarak.
Ketiga, mengatur strategi dengan baik dalam menghadapi musuh supaya mereka tidak mempunyai ruang yang banyak untuk memukul pendokong Islam.
Keempat, mendidik dan membina jiwa dengan ketahanan menerusi latihan-latihan kerohanian yang dapat meningkatkan ketahanan jiwa dari masa ke semasa.
Kelima, pendakwah bersedia mengorbankan apa sahaja. Hendaklah dilatih dengan semangat berkorban sepanjang masa.
Keenam, pendakwah juga mesti matang, iaitu pandai mengukur dan menilai di antara yang merugikan dan yang menguntungkan dalam perjuangan.
Ketujuh, mesti ditanam dalam diri pendakwah itu bahawa mati syahid di jalan Allah merupakan semulia-mulia bentuk kematian dan jihad dipupuk dari masa ke semasa.
Kelapan, mesti diingatkan bahawa pangkat dan harta itu tidak kekal. Setiap harta yang dimiliki akan dihisab oleh Allah.
Kesembilan, hendaklah diingatkan bahawa ujian dan cabaran di dunia ini mungkin ada kebaikannya dan sekurang-kurangnya menimbulkan keinsafan.
Yang terakhir, pera pendakwah mesti ikhlas. Segala-galanya tidak berguna jika tidak bersendikan keikhlasan. Kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara sahaja.
2. AYAT-AYAT Al-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN CABARAN:
Q.S Al 'Ankabuut: 2-3
“Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.”
Q.S Al Baqarah: 214
“Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”
Q.S Al Baqarah: 155
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:”.
Q.S Muhammad: 31
“dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu”.
Q.S Al An'am: 34
“dan Demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang Yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun Yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu”.
3 CONTOH CABARAN DAN UJIAN UMAT TERDAHULU
Cabaran Terhadap Para Rasul:
Ketika para nabi dan rasul menyeru umat manusia untuk menyembah Allah Yang Maha Esa, mentaati segenap ajaran-Nya, meniggalkan tuhan-tuhan mereka yang batil, menolak ajakan setan dan penguasa zalim dan berbagai perbuatan mungkar, mereka (para nabi dan rasul) menghadapi penentangan dari masyarakat, terutama dari para penguasa yang zalim.
Mereka mengerahkan semua tenaga dan kekuatan untuk menghadapi para nabi, menghalang dakwah nabi dan mengajak kelompok-kelompok lainnya untuk bersekongkol dengan mereka dan menghalangi orang-orang dari mengikuti kebenaran. Akan tetapi secara beransur-ansur, sebagian kelompok yang majoritinya berasal dari golongan bawah menerima dakwah para Nabi dan Rasul.
Secara ringkas buat renungan, penulis hanya pamparkan kisah rasul-rasul yang diberi gelaran Ulul Azmi sebagai contoh cabaran umat terdahulu dalam menyampaikan dakwah. Rasul-rasul Ulul Azmi lebih tinggi darjatnya daripada yang lain. Mereka juga dianggap sebagai pemimpin kepada nabi-nabi.
Ada antara mereka yang dihukum dengan kejamnya dan ada pula yang diburu oleh kaumnya dan sepanjang hidupnya menghadapi ujian. Mereka adalah Nuh,
Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad Saw. Allah memuji mereka dengan pujian yang mulia dan memerintah supaya kita mencontohi perjuangan dan kesabaran mereka.
Q.S. al-Ahqâf: 35
“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar…”
Nabi Nuh:
Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya supaya beriman kepada Allah dengan nasihat yang baik dan penuh bijaksana. Tetapi hati mereka lebih keras daripada batu. Mereka mendustakan Nabi Nuh dan melemparkan pelbagai tuduhan menurut hawa nafsu mereka. Nabi Nuh dituduh gila, suka bertelingkah, bohong, bodoh, sesat, dan sebagainya. Allah menyebutkan kisahnya dalam al-Qur’an, diantaranya adalah Q.S. al-A’râf: 59-62
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya." Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat).
Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata". Nuh menjawab: "Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam". "Aku sampaikan kepadamu amanat-amanah Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui".
Mereka juga mengancam Nabi Nuh seperti dalam surah asy-Syu’arâ’: 116. Walaupun berbagai cara penentangan yang dihadapi oleh Nabi Nuh, beliau tetap menyampaikan ajaran Allah walaupun memakan masa yang panjang dan sedikit saja pengikutnya.
Q.S. asy-Syu’arâ’: 116
“Mereka berkata: "Sungguh jika kamu tidak (mau) berhenti hai Nuh, niscaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang dirajam".
Nabi Ibrahim:
Nabi Ibrahim menghadapi ujian yang hebat dari kaumnya dan Maharaja Namrud, pemerintah Babil. Allah menceritakan kisah beliau dalam surah al-Anbiyâ’: 51-70. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun), dan adalah Kami mengetahui (keadaan) nya.
(Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?"
Mereka menjawab: "Kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya".
Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan bapak-bapakmu berada dalam kesesatan yang nyata".
Mereka menjawab: "Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh ataukah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?"
Ibrahim berkata: "Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya; dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas yang demikian itu".
Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya.
Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya.
Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim".
Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim".
Mereka berkata: "(Kalau demikian) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang banyak, agar mereka menyaksikan".
Mereka bertanya: "Apakah kamu, yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"
Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara".
Maka mereka telah kembali kepada kesadaran mereka dan lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)",
kemudian kepala mereka jadi tertunduk (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara".
Ibrahim berkata: "Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak (pula) memberi mudarat kepada kamu?" Ah (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah.
Maka apakah kamu tidak memahami? Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak".
Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim". mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi”.
Itulah sebahagian ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim dan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ke atasnya.
Mereka ingin menghukum Nabi Ibrahim dengan membakarnya, padahal dia tidak mempunyai dosa apa-apa selain hanya berkata, “Tuhanku adalah Allah.”
Mereka membeli dan mengumpulkan kayu bakar di sana sini, mereka menjadikan acara pembakaran itu sebagai korban bagi tuhan-tuhan mereka dan sebagai bakti mereka kepada para berhala mereka, sehingga seorang wanita dari mereka yang sakitpun bernazar bahwa kalau dia sembuh, dia akan mengumpulkan kayu bakar untuk membakar Nabi Ibrahim.
Akan tetapi Nabi Ibrahim dalam pemeliharaan Allah dan dalam perlindungan-Nya, maka api itu tidaklah membakar kepadanya melainkan api itu tunduk.
Nabi Musa:
Kisah Nabi Musa menghadapi Firaun kerap kali disebut di dalam al-Quran dengan pelbagai wajah dan kaedah. Di samping menghadapi Bani Israil dengan sifat mereka yang terkenal itu, segala-galanya disebut di dalam al-Quran khususnya dalam surah al-A’raf dan al-Qasas.
Nabi Musa diburu oleh Firaun sejak di dalam perut ibunya. Pada masa itu, kerajaan Firaun mengeluarkan undang-undang membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan supaya tidak lahirnya Musa. Allah mentakdirkan Musa dibesarkan di istana Firaun. Sehingga pada masa mudanya, beliau diburu oleh Firaun hingga beliau tinggal asing di negeri Madyan beberapa tahun lamanya.
Nabi Musa berdakwah sambil membuka jalan untuk keselamatan kaumnya dan menghadap kapada Rabbnya dengan hati yang teguh, iman yang kuat dan ketenangan yang berlimpah. Ancaman dan cabaran yang ada tidak melemahkan langkah dan membuatnya merasa takut. Dia mengajak Fir’aun untuk beriman kepada Rabbnya dan kembali kepada Zat yang menciptakan bumi dan langit.
Q.S. asy-Syu’arâ’: 28
“Musa berkata: "Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal".
Akan tetapi, ajakan ini sangat sulit sekali untuk masuk ke dalam hati orang yang sewenang-wenang dan sombong itu. Mereka semakin melampaui batas dengan kesesatan dan senantiasa dalam kebodohan mereka. Fir’aun mengumpulkan semua orang yang melakukan perbuatan menyimpang dari kaumnya. Dia ingin menyilaukan mereka dengan kekuatan, menetapkan mereka dalam kekafiran dan kehinaan. Dia memanggil kaumnya dengan mengatakan:
Q.S. az-Zukhruf: 53
“Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat (nya)?. (52) Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?. (53) Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya."
Akhirnya, Allah telah membinasakan Fir’aun dan orang-orang yang ikut bersamanya dalam keadaan tenggelam ke dalam laut ketika mereka mengejar Nabi Musa dan Bani Israil. Karena, bagi Fir’aun Bani Israil adalah budak yang melarikan diri dan pengikut yang membelot. Di waktu yang genting ini, Fir’aun menyatakan keimanannya. Dia berkata,
Q.S. Yūnus: 90
“Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".
Nabi Isa:
Kelahirannya menjadi bukti kebesaran Allah karena dia dilahirkan oleh Ibunya tanpa bapa, menjadi ujian yang dahsyat sejak dalam kandungan ibunya. Nabi Isa dilahirkan pada zaman pemerintah Herodus yang memerintah Palestin bagi pihak kerajaan Rom. Raja ini terkenal dengan kezalimannya, di samping penyelewengan di kalangan ahli agama yang menjadi ‘ulamâ pada zaman itu. Mereka meminda syariat yang pernah dibawa oleh Nabi Musa. Isa dinaikkan menjadi Rasul pada usia 30 tahun sebagai satu kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya.
Tuan al-Masih berdiri tegak mengajak manusia kepada agama yang telah diwahyukan oleh Allah kepadanya, mengajak segolongan orang Yahudi yang moral mereka telah rusak, keingkaran mereka terhadap syariat Allah yang telah diturunkan kepada Musa. Bani Israil telah melampaui batas dan mengubah syariat Allah (Taurat) secara terang-terangan yang kemudian mereka lemparkan atas Nabi-nabinya; maka Allah mengutus Isa Putra Maryam kepada mereka untuk mengembalikan mereka kepada pembaruan.
Q.S. Âli Imrân/3: 50-51
“Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu. Karena itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. (51) Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus".
Pada akhirnya, pembesar-pembesar Yahudi dan penasehat-penasehatnya berkumpul, mereka berunding dalam perkara al-Masih; maka mereka berkata, “Sesungguhnya kami merasa takut terhadapnya merusak agama kita dan manusia mengikuti kepadanya”. Maka mereka bersepakat untuk membunuh dan menyalib Isa. Allah telah menceritakan kisah ini seperti firman-Nya dalam surah an- Nisâ’: 157 di bawah:
Maksudnya:
“Dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa”.
Nabi Muhammad:
Q.S. Muddatstsir: 1-7
“Wahai orang Yang berselimut!. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!. Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan. Dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi. Dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!”
Dengan turunnya wahyu yang kedua ini, maka jelaslah sudah apa yang harus beliau kerjakan dalam menyampaikan risalahnya, yaitu mengajak umat manusia menyembah Allah Yang Maha Esa, yang tiada beranak dan tidak pula diperanakkan serta tidak sekutu bagi-Nya. Pada awalnya Rasulullah S.a.w. melakukan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi menyeru keluarganya yang tinggal dalam satu rumah dan sahabat-sahabat beliau terdekat, seorang demi seorang.
Setelah tiga tahun lamanya Rasulullah S.a.w. melakukan dakwah secara rahasia, Allah memerintahkan kepada Rasul agar menyebarkan Islam dengan terang-terangan dan meninggalkan cara sembunyi-sembunyi itu. Maka mulailah Nabi Muhammad Saw. menyeru kaumnya secara umum di tempat-tempat terbuka untuk menyembah Allah dan mengesakan-Nya.
Firman Allah dalam surah al-Hijr: 94
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.”
Dengan seruan yang bersifat umum dan terang-terangan ini, maka Nabi Muhammad S.a.w. dan agama baru (Islam) yang dibawanya, menjadi perhatian dan pembicaraan ramai di kalangan masyarakat kota Mekkah. Gerakan Nabi Muhammad S.a.w. semakin meluas dan pengikut-pengikutnya semakin banyak dan seruan Nabi Muhammad Saw. semakin tegas dan lantang. Begitu juga mulai mengecam agama berhala kaumnya dengan mencela sembahan mereka serta membodohkan pula nenek moyang mereka yang menyembah berhala-berhala itu.
Ketika orang-orang Quraisy melihat gerakan Islam serta mendengar bahwa mereka dengan nenek moyang mereka dibodoh-bodohkan dan berhala-berhala mereka dihina-hina, bangkitlah kemarahan mereka dan mulailah mereka melancarkan permusuhan terhadap Nabi dan pengikut-pengikutnya. Banyak pengikut Nabi yang kena siksa di luar pri kemanusiaan, terutama sekali pengikut dari golongan rendah. Mereka mengadakan pertemuan dan mengambil keputusan untuk melakukan pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Muththalib ialah dengan jalan memutuskan segala perhubungan. Maka Nabi Muhammad S.a.w. dan orang-orang Islam serta keluarga Bani Hasyim dan Bani Muththalib, terpaksa menyingkir dan menyelamatkan diri ke luar kota Makkah. Mereka lebih dari dua tahun lamanya menderita kemiskinan dan kesengsaraan.
Nabi menghadapi golongan yang ingin memadamkan api Islam, yaitu golongan orang-orang Quraisy, munafik dan orang-orang Yahudi. Allah memilih beliau menjadi rasul kepada seluruh alam, ujian dan cabaran yang dihadapinya lebih hebat dibandingkan dengan rasul-rasul yang lain yang diutuskan kepada satu kaum dan satu masa saja.
Cabaran Terhadap Para Sahabat:
Para sahabat yang bersama Rasulullah S.a.w juga menghadapi cabaran dan ujian. Mereka mengalami pelbagai jenis penyeksaan dan tekanan kerana pegangan mereka yang kukuh terhadap Islam. Walaubagaimanapun, cabaran itu tidak sedikitpun menggugat keimanan mereka sebaliknya keimanan mereka semakin meningkat.
Keluarga Yasir r.a:
Menerima ujian dan cabaran yang hebat apabila memeluk Islam. Mereka dibakar oleh Bani Makhzum dengan besi yang panas. Yasir r.a yang telah lanjut usianya itu syahid kerana tidak dapat bertahan. Anaknya Ammar r.a menderita dipanggang tubuhnya. Manakala isterinya Sumayyah disula punggungnya dengan kayu sampai syahid.
Khubaib bin Adie syahid:
Dicincang tubuhnya oleh lembing 40 orang musyrikin kerana mempertahankan Islam. Khubaib meletakkan kecintaan kepada Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w lebih daripada dirinya sendiri dan keluarganya.
Cabaran Terhadap Para Tabi’in:
Said bin Jubair:
Seorang ulama’ yang hidup di Iraq semasa pemerintahan Hajjaj bin Yusuf As Thaqofi (75 H) telah dibunuh kerana ketegasannya. Sikapnya yang tidak bertolak ansur dengan pemerintah yang zalim menyebabkan beliau ditangkap dan didera. Akhirnya disembelih di atas sekeping kulit binatang. Bagaimanapun kemudiannya Hajjaj ditimpa sakit dan sempat hidup hanya 15 hari sahaja selepas peristiwa itu.
Imam Malik bin Anas RA:
Didera sebanyak 60 hingga 70 rotan. Kemudian diikat dengan tali dan dinaikkan di atas punggung unta lalu diarak mengelilingi Madinah. Beliau didera kerana mengeluarkan fatwa bahawa talak di antara suami isteri yang dipaksa itu tidak sah dan sumpah yang dipaksa itu juga tidak sah. Gabenor Madinah, Jaafar bin Sulaiman al-Hasyimi mengarah beliau menarik fatwa itu tetapi beliau bertegas dengan pendiriannya.
Imam as Syafie:
Ditangkap di Yaman semasa pemerintahan Harun al-Rasyid kerana dituduh menyokong Syiah. Beliau diperintah berjalan kaki dari Yaman ke Baghdad dalam keadaan tangan dirantai. Beliau mengambil masa 2 bulan perjalanan untuk sampai ke Baghdad. Di situ beliau dipenjarakan sebelum diadili.
Imam Ahmad bin Hanbal:
Didera dengan cemeti 38 kali sampai badan berdarah dan pengsan. Kemudian dipenjarakan di zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun. Kerana tidak mahu mengikuti pendapat bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Di zaman itu fahaman mu’tazilah yang dipelopori oleh Wasil bin ‘Ata’ berkembang dan dilindungi oleh pemerintah.
Imam Abu Hanifah:
Diseksa dan dicabuk 110 kali di zaman khalifah Abu Jaafar al-Mansor. Beliau ditangkap oleh gabenor Iraq, Yazid bin ‘Amer kerana tidak bersedia menerima jawatan Qadi. Beliau takut menerima jawatan rasmi itu kerana bimbang tidak dapat menjaga kesucian jiwa agama pada peribadinya. Beliau merasa lebih bebas berdakwah di luar forum pemerintah.
Akhirnya beliau dipenjarakan dan lehernya dirantai dengan besi yang berat. Setiap pagi beliau didera dengan cemeti sampai berdarah. Ibunya dibawa masuk memujuknya di dalam penjara, tetapi ditolaknya juga jawatan tersebut. Akhir sekali beliau dipaksa untuk meminum air yang mengandungi racun dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sujud kepada Allah.
Imam al-Nawawi:
Dibuang negeri kerana ketegasannya. Negeri Syam (Syria) ketika itu dilanda kemelesetan ekonomi sehingga rakyat berada dalam penderitaan. Raja Zahir Baibar memaksa rakyat yang miskin itu menghulurkan wang untuk tabung persediaan perang. Bagi Imam al-Nawawi tindakan itu adalah zalim dan perlu ditentang. Dengan sebab itu beliau menjada mangsa kezaliman raja.
Ibnu Taimiyyah:
Dipenjara beberapa kali kerana ketegasannya menyatakan kebenaran. Ulama’ kerajaan menfitnah dan menentangnya dengan penuh kebencian. Hukuman paling kejam yang pernah dirasakan apabila kitab dan alat tulisnya dirampas dan dikeluarkan dari kamar penjara. Beliau meninggal dunia di atas tikar sembahyang ketika membaca al-Quran setelah jatuh sakit lebih dari 20 hari di dalam penjara.
OLEH ITU:
Barang siapa berjalan di atas jalan dakwah tidak boleh merasa aman walaupun sekelip mata, kerana jika dia telah merasa aman dari cabaran, ujian dan rintangan dia akan menyangka bahawa dia telah dapat mengatasi segala rintangan dan cabarannya, serta mersakan bahawa jalan yang sedang dilaluinya telah bersih dari segala rintangan, ataupun dia yakin bahawa dia telah sampai kepada ketahanan dan kekuatan iman yang menjamin kemampuannya untuk mengatasi sebarang rintangan yang mengganggu perjalanannya.
Kita juga tidak boleh menganggap bahawa apabila kita telah berjaya melintasi satu rintangan yang tertentu rintangan itu tidak akan berulang lagi beberapa kali.
Kita mestilah menyedari bahawa syaitan itu dengan segala kuncu-kuncunya dan pembantu-pembantunya dari musuh-musuh Allah, terus menerus menunggu dan mengintip para da’i dan sentiasa cuba memalingkan mereka dari dakwah mereka dan jihad mereka di jalan Allah dan jalan kebenaran.
Hanya orang yang mengenali Tuhan mereka, meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan yang terlepas dari tipu muslihat syitan dan Allah memuliakan mereka dengan menetapkan pendirian mereka di dalam kebenaran.