Siapa klik dia orang yang mulia...

Friday, February 4, 2011

Tiga kemungkinan..

Krisis di Mesir hanya mempunyai tiga potensi sebagai hasil akhir.

1. Gagal - Pihak berkuasa akan terus bertempur dengan rakyat, malah seperti yang telah ditunjukkan sehari dua ini, pihak polis menyamar menjadi rakyat biasa (naik unta dan kuda) lalu bergasak dengan demonstran di Medan Tahrir tengah Kaherah. Taktik Mubarak ialah mensinonimkan namanya dengan kestabilan. Kerana itulah polis ditiadakan dari jalanraya, tahanan di penjara terlepas, askar membiarkan penyamun bermaharajalela dan samseng diupah untuk membuat kacau. Lama kelamaan rakyat atau demonstran akan berputus asa lalu mengalah dan pulang ke rumah untuk meneruskan hidup seperti biasa. Mubarak akan kekal. Dan Israel akan kembali berpesta.






2. Kompromi - Mubarak mungkin jatuh. Akan tetapi pemimpin lain dari parti yang sama atau hampir sama mengambil kuasa lalu kembali menjadi boneka tajaan Israel dan Amerika Syarikat. Dalam situasi ini, pemimpin baharu ini akan melakukan satu dua reformasi, berjanji itu dan ini dan kekal di situ sebagai 'a lesser Mubarak'.

3. Revolusi Sebenar - Akan berlaku jika The Muslim Brotherhood atau Ikhwanul Muslimin mendapat kuasa dan laba politik yang besar dari krisis ini. Ikhwanul Muslimin akan berkuasa, menghapuskan korupsi, melakukan perubahan untuk massa dan generasi muda, memutuskan hubungan dengan Zionis, menjadi sebuah republik sekular-nasionalis ala Turki Erdogan hari ini lalu meningkatkan kerjasama dengan Republik Islam Iran selaku kuasa serantau.

Antara ucapan terbaru Hosni 'ghair' Mubarak : "Mesir akan huru hara kalau aku letak jawatan hari ini" dipetik dari CNN

Kata Ali Abdullah Soleh "Aku akan pertahankan jawatan presiden Yaman ini sampai 2013 je".

Inilah namanya pemimpin yang cintakan kuasa.

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service