Siapa klik dia orang yang mulia...

Wednesday, October 28, 2009

Tazkirah paling berkesan...

i
Baru-baru ini penulis telah kehilangan 2 insan yang boleh dikatakan rapat iaitu ramlah (nenek long) dan abdul rahman mohd (atok belah mak) yang mana waktunya cuma selang 4 hari sahaja. Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dicari maklumat dan datanya di dalam internet. Semua ini hanya di dalam pengetahuan-Nya. Bila dan di mana tidak dapat diketahui oleh sesiapapun.

Bagi mereka yang sentiasa mengingati mati, sudah tentu mereka sentiasa bersiap sedia menghadapinya. Ada pula yang tahu tempoh kematian berdasarkan maklumat daripada doktor. Tetapi tidak pula bersedia, sebaliknya sentiasa murung dan sedih seolah-olah tiada yang berguna lagi.

Kematian tidak dinafikan oleh sesiapa pun. Hindu, Buddha, Kristian semua akui. Itu sebab tazkirah yang paling berkesan adalah tentang kematian.

Monday, October 12, 2009

Ramainya yang kahwin...


Dalam suasana Syawwal yang masih meriah ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Tambahan pula ada anak-anak yang bercuti sebab sekolah masing-masing sedang mengadakan PMR. Ditanya kenapa, kerana takut bising dan menganggu. Tidak kurang juga yang mengadakan rumah terbuka dan yang semestinya jalan akan jadi sesak oleh kerana banyak kenderaan yang digunakan untuk ke rumah terbuka tadi (di KL je kot).

Sebelum terlajak jauh, ingin dikongsi di sini bagi mereka yang sedang atau baru membina mahligai rumah tangga masing-masing. Kalau di Yaman, kebiasaannya majlis akan diadakan pada hari Jumaat. Akad nikah akan berlangsung sebelum malam Jumaat (hari Khamis la). Dan yang menariknya pada malam Jumaat akan dibuat perarakan di atas jalan raya sambil kereta pengantin dihiasi dengan reben besar (macam orang Cina di Malaysia).

Kemudian kedengaran bunyi 'hon-hon' kereta yang diiringi hilai tawa orang-orang mengikutnya di belakang. Kebiasaan juga sehari dua sebelum majlis di hari Jumaat,sudah didirikan khemah besar tempat para jemputan mengunyah daun 'qat'. Kisah 'qat' ni panjang lagi, cuma yang ingin ditulis di sini ialah nyanyian para penasyid yang sangat membingitkan sehingga ke larut malam. Manakan tidak 'speaker' yang digunakan adalah 'speaker' serombong besar yang boleh kita lihat pada menara azan. Kemudian ia akan digantung dimana-mana rumah yang 'bernasib baik'.

Maka semestinya keluarga yang berdekatan akan marah-marah. Dan begitulah sampai bila-bila. Sepatutnya perkahwinan yang dibina mestilah dengan doa-doa yang baik, tetapi oleh kerana mengejar adat maka terimalah hamburan maki hamun orang ramai. namun, perkara ini tidaklah menjadi amalan bagi mereka memahami dan berpegang kuat dengan agama.

Di Malaysia bagaimana? Kita mungkin tidak berjumpa dengan keadaan di atas. Namun, yang pastinya kita masih lagi kuat berpegang kuat dengan adat kita yang berpandukan Hindu. Sampai bila? Entahlah.. Kalau kita dah ter'buat' atau 'kena paksa buat', pastikan anak-anak kita tidak akan mengulang kesilapan kita..WaalLahu a'lam..

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service