Siapa klik dia orang yang mulia...

Saturday, June 27, 2009

Bahaya namimah..


النميمة [ Menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)]

1. Apa bahayanya??

2. Bagaimana cara menghadapinya??

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Qalam ayat 11 yang berbunyi:

هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (١١)

11. Yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)

Dari Huzaifah r.a : Sesungguhnya telah sampai kepadanya seorang pemuda yang kata-katanya berbaur fitnah, maka beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

لا يدخل الجنة نمام

Yang bermaksud : Tidak masuk syurga orang yang melakukan 'nammam'. (Riwayat Muslim)

Sebagai seorang muslim, tambahan lagi yang sedang menuntut ilmu agama adalah amat perlu bagi kita menjauhi perbuatan yang dilaknat oleh Allah iaitu 'namimah'.

Dalam tulisan kali ini, penulis hanya ingin membawa pembaca mengenali bahaya perbuatan ini dan cara kita menghadapi orang yang suka menyebarkan fitnah yang berbentuk hasutan ini.

Antara cara-cara yang dipetik dari Kitab Soheh Muslim (syarah Imam an-Nawawi cetakan ketiga Dar el-Ma'rifah 1428H/2007M, muka surat 295 dan 296) iaitu:

Sesiapa yang dibawa kepadanya 'namimah' (dengan cara) telah berkata padanya "si fulan mengatakan pada engkau begini, atau seseorang telah berbuat kepada engkau begini" maka patutlah bagi ia 6 cara ini:

1) Tidak mempercayainya kerana setiap pembawa fitnah adalah fasiq.

2) Melarang orang tersebut dari (meneruskan) perbuatannya dan menasihati dengan cara menyatakan keburukan kelakuannya itu.

3) Membencinya kerana Allah oleh sebab perbuatan itu tidak disukai Allah dan (sememangnya) wajib bagi kita membenci perkara yang tidak disukai Allah.

4) Tidak bersangka buruk dengan saudaranya yang tidak berada di situ. (orang yang difitnah)

5) Tidak membawa hikayat cerita yang datang dari 'tajassus' (intipan) dan melalui pencarian kesalahan orang lain.

6) Tidak redha dengan diri si pembawa fitnah seperti mana kita tidak redha pada larangan 'namimah' tersebut.

Saturday, June 20, 2009

Anakku...terbaru

Atas permintaan ramai member-member lama, jadi silalah tatap wajah terbaru Sharifah Aisyah binti Syed Mohd Faris.Ni masa jadi model iklan pampers..(tipu je)

Ni masa rehlah Mahabbah baru ni..

Ni plak masa baru bgun tidor..mahal gambar ni

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service