Siapa klik dia orang yang mulia...

Sunday, March 29, 2009

Pengalaman berkerja..


Kali ini aku ingin berkongsi dengan sidang pembaca tentang pengalaman berkerja sepanjang 23 tahun di muka bumi Allah ini.

Pertama sekali dengan ayah saudaraku Syed Mohd Nor Hisham yang merupakan taukeh soya berjaya di Kampung Tengku Hussein Ipoh. Bagi memastikan orang Islam juga pandai buat soya maka beliau mengambil pelaung ini sebaiknya. Perniagaan beliau dibuat secara kecil-kecilan bermula tahun 1985 sehingga lah sekarang. Beliau juga terlibat dalam penghasilan mee kuning dan aku juga pernah sekali berkerja di kilang mee tersebut.

Kedua, ketika di Yaman aku berniaga kecil-kecilan di rumah Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(PERMAYa) iaitu menjual minuman. Kemudian, sekali dengan kuih muih. Sehinggalah yang paling berat iaitu nasi lemak.Bersambung lagi..

Keluargaku...



Aku hidup dengan seorang isteri dan seorang puteri..belum lagi ada peluang untuk menambah salah satu darinya. Namun, di sebalik kehidupan kami bertiga pelbagai ranjau berduri yang kami tempuhi. Ianya sedikitpun tidak menghalang kami bertiga untuk terus hidup bahagia. Ada yang menyatakan wang adalah faktor penting dlam pembinaan hidup berkeluarga. memang tidak dapat dinafikan perkara tersebut dalam dunia serba ke hadapan ini. Namun, aku yakin dengan pertolongan dari Nya.
Sebaik sahaja Aisyah lahir ke bumi Yaman ini, pelbagai dugaan yang menimpa. Namun, aku bersyukur jika nak dibandingkan dengan ibu bapa yang lain yang lahir pada hari yang sama bersama Aisyah. Ada yang sempat menjenguk bumi seketika sahaja, dan kemudian didapati meninggal kerana lemas di dalam kandungan ibunya.Bersambung..

Suasana di Jamiah Iman...

Waktu kosong diisi dengan mengulangkaji pelajaran. Tapi, kalau diikut dalam gambar di atas berapa ramaikah yang tergolong dari kalangan mereka yang benar-benar 'study'. Jawapannya semua sedang semangat bergaya untuk di masukkan gmbarnya ke dalam kamera. Namun, apa yang pasti di dalam fatrah imtihan ini semestinya semua pelajar akan berhempas pulas bagi memastikan keputusan yang yang terbaik. Perlu diingat bahawa setiap yang kita tanam begitulah hasilnya nanti. Baiklah salam imtihan dariku buat semua sahabat..

Selamat datang...

Al-Bankuri.blogspot.com merupakan satu laman blogger terbaru yang sesuai dilayari oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak ira tua atau muda. Dan ia sekali lagi berkonsepkan dakwah secara bil 'yad' (tulisan) yang merupakan keperluan bagi dai'e di zaman sekarang. Moga-moga dengan kehadiran albankuri ini dapt menyemarakkan lagi dunia blogger seluruh alam ini. Terima kasih

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service